Home Semasa 14 nelayan Vietnam ditahan tangkap gamat secara haram di Kudat

14 nelayan Vietnam ditahan tangkap gamat secara haram di Kudat

by Bernama

KOTA KINABALU, 22 Jun – Seramai 14 warga Vietnam berputih mata apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kudat ketika sedang leka menangkap gamat secara haram di perairan Pulau Sibongor Laut, Kudat pada Jumaat lalu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata kesemua warga asing itu ditahan di atas tiga bot berasingan di kedudukan sekitar 10 batu nautika timur laut di perairan berkenaan kira-kira pukul 8.10 pagi.

“Semasa operasi itu bot ronda APMM menahan dan memeriksa ketiga-tiga bot terbabit ketika sedang menangkap gamat tidak jauh di antara satu sama lain.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, ketiga-tiga bot terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen pendaftaran bot serta mendapati 14 orang termasuk tekong yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 63 tahun warga Vietnam tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM1.7 juta dan gamat yang dirampas dianggarkan seberat 2,200 kilogram dan ia merupakan rampasan gamat terbesar yang berjaya dicatatkan bagi APMM Sabah setakat ini.

“Ketiga-tiga bot beserta kesemua nelayan Vietnam tersebut ditahan dan diiring ke jeti Pelabuhan Kudat dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!