Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM berjaya patahkan cubaan seludup tong gas bernilai RM 139,000

ATM berjaya patahkan cubaan seludup tong gas bernilai RM 139,000

by Air Times News Network

KUCHING, 20 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya menahan dua warga tempatan  dalam cubaan menyeludup keluar 280 tong gas petroleum cecair (LPG) yang bernilai RM 139,00 ke negara jiran pada Rabu lepas.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen dalam satu kenyataan berkata anggota Batalion ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) ketika membuat rondaan di sekitar sempadan Malaysia-Indonesia di Bau sekitar 10.15 pagi telah menahan sebuah lori yang dilihat mencurigakan.

“Sebuah lori dipandu seorang warga tempatan dan seorang kelindan masing-masing telah membawa muatan 280 buah tong gas LPG 14kg yang dianggarkan bernilai RM 139,000 cuba diseludup keluar,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori,  48 tahun bersama kelindan yang berusia 38 tahun gagal menunjukkan dokumen yang sah berhubung muatan tong gas LPG tersebut.

Seterusnya dua warga tempatan bersama barang-barang tangkapan tersebut telah dibawa ke Balai Polis Daerah Bau untuk tindakan selanjutnya, ujarnya.

 

Related Articles

Leave a Reply