Home Semasa Skandal video lucah: Doakan berakhir secara terbaik, tak perlu aibkan orang – Tok Mat

Skandal video lucah: Doakan berakhir secara terbaik, tak perlu aibkan orang – Tok Mat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru mana-mana ahli UMNO untuk tidak mengambil kesempatan berikutan isu penyebaran video lucah yang mirip seorang pemimpin kerajaan.

Beliau menyatakan perkara tersebut di akaun Facebook rasminya semalam.

“Saya menyeru dan menganjurkan supaya semua pemimpin, ahli dan pendukung UMNO, untuk tidak terlibat. Apatah lagi mengambil kesempatan dan melakukan perkara yang hanya memburukkan keadaan,” tegas Mohamad yang lebih mesra digelar Tok Mat.

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru semua pihak untuk mendoakan agar isu ini selesai dengan cara baik untuk semua pihak.

“Marilah kita doakan agar sebarang kekhilafan yang dilakukan oleh mana-mana pihak akan berakhir dengan cara yang terbaik untuk semua,

“Kegagalan kita untuk berbakti dan menjalankan amanah rakyat adalah jauh lebih mengaibkan dari sebarang skandal yang sarat dengan ketidakpastian,” tambah Tok Mat.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!