Home SemasaGlobal Bot China langgar dan tenggelamkan bot nelayan Filipina

Bot China langgar dan tenggelamkan bot nelayan Filipina

by M.Daim

MANILA, 13 Jun – Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana mengutuk sekeras-kerasnya tindakan China menenggelamkan sebuah bot nelayan Filipina di perairan negara kepulauan itu.

Media Filipina melaporkan sebuah bot nelayan negara itu tenggelam selepas berlanggar dengan sebuah bot nelayan China. Kejadian berlaku di Tebing Reed, barat perairan Filipina.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan bot nelayan China yang membiarkan kesemua 22 nelayan terbabit di laut selepas kejadian pelanggaran,” tegas Delfin dalam kenyataannya.

Bot nelayan China dilaporkan beredar dengan segera dari kawasan tersebut. Kesemua 22 nelayan tersebut kemudian diselamatkan oleh bot nelayan Vietnam dan dibawa ke kapal BRP Ramon Alcaraz.

Dalam kenyataan yang sama, Lorenzana turut menyatakan pihak Jabatan Pertahanan Filipina akan menyiasat insiden tersebut dan menggunakan saluran diplomatik.

Tebing Reed atau Reed Bank/Recto Bank merupakan sebahagian daripada kawasan tuntutan bertindih antara Filipina-China. Tebing ini terletak di kawasan timur laut kawasan Kepulauan Spratly.

Related Articles

Leave a Reply