Home SemasaGlobal Kapal perang Rusia dan AS hampir berlanggar di Laut Filipina

Kapal perang Rusia dan AS hampir berlanggar di Laut Filipina

by Air Times News Network

MANILA, 8 Jun – Pihak Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) mengutuk tindakan sebuah kapal perang milik Rusia sebagai tidak profesional dan merbahaya.

Kritikan tersebut disuarakan oleh pihak Armada Ke-7 US Navy (7th Fleet) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi semalam menyaksikan sebuah kapal pembinasa Tentera Laut Rusia yang melakukan manuver berbahaya pada jarak 50-100 kaki dari kapal milik US Navy, USS Chancellorsville.

Kapal Rusia, Udaloy I (DD 572) dilaporkan menghampiri dari arah belakang dan memotong dengan laju di bahagian kanan USS Chancellorsville.

“Tindakan ini adalah merbahaya dan memaksa anak kapal USS Chancellorsville melakukan tindakan sewajarnya bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini,” jelas pihak 7th Fleet.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika USS Chancellorsville sedang menunggu sebuha helikopter milik mereka untuk mendarat di atas dek kapal.

“Kami menganggap tindakan Rusia adalah tidak profesional dan melanggar undang-undang antarabangsa,” tegas 7th Fleet.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!