Home Pertahanan dan Keselamatan Kapal China lagi besar, macam mana kita nak halau? – Menteri Pertahanan

Kapal China lagi besar, macam mana kita nak halau? – Menteri Pertahanan

by M.Daim

SINGAPURA, 2 Jun – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan kapal pengawal pantai China (China Coast Guard, CCG) mempunyai saiz yang lebih besar berbanding kapal-kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Aaron Connelly, Felo Penyelidik dari International Institute for Strategic Studies (IISS) di akaun media sosial kendaliannya, semalam.

“Menteri Pertahanan Malaysia, Mat Sabu jawab soalan saya dan berkata kapal China Coast Guard lebih besar dari kapal perang Malaysia,

“Kapal China lagi besar, macam mana kita nak halau?” kongsi Aaron.

Beliau turut menyatakan Mohamad bertegas Malaysia akan pertahankan kedaulatannya melalui diplomasi.

Terdahulu, Aaron meminta Mohamad mengulas akan tindakan Malaysia untuk menangani pencerobohan kapal CCG di perairan terutamanya di Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals).

“Kita tahu bahawa China menghantar kapal CCG mereka ke perairan (Malaysia),

“Kita tak mampu untuk melawan mereka (China) tapi Malaysia akan sentiasa bawa berunding dengan China melalui saluran diplomatik,” jelas Menteri Pertahanan dalam sesi soal jawab tersebut.

Menteri Pertahanan berada di Singapura semenjak 31 Mei bagi menghadiri persidangan 18th IISS Asia Security Summit Shangri-La Dialogue. Persidangan tersebut berakhir pada hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!