Home Pertahanan dan Keselamatan TUDM pandang serius ancaman dron terhadap keselamatan pangkalan

TUDM pandang serius ancaman dron terhadap keselamatan pangkalan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memandang serius akan ancaman penggunaan dron yang boleh menganggu gugat keselamatan pangkalan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Panglima Tentera Udara semasa wawancara khas Panglima Tentera Udara bersempena Hari Ulang Tahun TUDM pada 29 Mei lalu di Kementerian Pertahanan Malaysia.

“Kita melihat perkara ini dengan serius,” kata Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Menurut beliau, TUDM telah diperkenalkan dengan teknologi tersebut semasa menjalani latihan ketenteraan baru-baru ini.

“TUDM telah diperkenalkan dengan teknologi tersebut semasa latihan ketenteraan di Gong Kedak,” kata

Beliau menambah, sistem tersebut telah digunakan semasa Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) pada akhir Mac lalu.

“Sebelum ini, kita melihat dron digunakan bagi tujuan pemantauan (surveillance). Namun, perkembangan mutakhir telah menyaksikan penggunaan dron sebagai senjata bagi menyerang fasiliti-fasiliti berkepentingan,” ujarnya.

Semalam, Lapangan Terbang Heathrow di Britain telah menerima ugutan dari pihak Extinction Rebellion untuk menggunakan dron bagi menganggu operasi lapangan terbang tersebut. Untuk rekod, operasi Lapangan Terbang Heathrow pernah digantung beberapa kali semenjak awal tahun 2019 akibat kehadiran dron di kawasan berhampiran lapangan terbang.

Arab Saudi berjaya memintas salah sebuah dron yang digunakan oleh puak Houthi yang menyerang beberapa fasiliti kepentingan di negara Semenanjung Arab itu.

Sementara itu, Arab Saudi telah melaporkan beberapa serangan dron telah digunakan oleh puak Houthi dari Yaman untuk menyerang beberapa fasiliti Tentera Udara Diraja Arab Saudi. Namun, serangan dron tersebut gagal apabila berjaya dipintas oleh pasuakan pertahanan udara Arab Saudi. Pada pertengahan Mei lalu, operasi bekalan minyak mentah di Arab Saudi terganggu apabila sebuah dron yang dilancarkan oleh Houthi telah berjaya disasarkan ke sebuah fasiliti pam untuk sistem bekalan minyak tersebut.

Menurut laporan Arab Saudi, kesemua dron yang digunakan oleh puak Houthi membawa muatan bahan letupan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!