Home Semasa Polis marin tahan bot pukat tunda tempatan di perairan Semerah

Polis marin tahan bot pukat tunda tempatan di perairan Semerah

by Bernama

JOHOR BAHRU, 27 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan sebuah bot pukat tunda tempatan di perairan Semerah dekat Batu Pahat, semalam, kerana menangkap ikan tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Komandernya, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata bot pukat tunda kelas B yang sedang melakukan kegiatan ‘tarik tepi’ itu ditahan bot ronda PPM Wilayah Dua dalam operasi Op Gelora pada 8.30 pagi.

“Bot tersebut dikemudi oleh seorang juragan tempatan lelaki berusia 42 tahun dan dua awak-awak lelaki tempatan berusia 48 dan 52 tahun.

“Kita turut merampas kira-kira 200 kilogram ikan pelbagai jenis semasa penahan tersebut,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Khiu berkata kes berkenaan dirujuk kepada Jabatan Perikanan Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 8 (b) dan Sesyen 14(4) (b) Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata Op Gelora dilancarkan sebagai tindakan berterusan bagi memastikan semua pengusaha perikanan mematuhi peraturan ditetapkan selain pemantauan terhadap isu pencerobohan nelayan pukat tunda ke kawasan nelayan tradisional.

“Kita amat menitikberatkan tindakan penguatkuasaan berterusan di dalam kawasan tanggungjawab secara berterusan dan sentiasa komited memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam adalah terjamin,” katanya.

Orang ramai disarankan untuk memberikan kerjasama dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan pelanggaran undang-undang kepada Pasukan Polis Marin ditalian 07-2372221 / 2372222, katanya. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!