Home SemasaGlobal Arab Saudi tembak jatuh dron pengebom serang lapangan terbang

Arab Saudi tembak jatuh dron pengebom serang lapangan terbang

by M.Daim

RIYADH, 27 Mei – Arab Saudi telah menembak jatuh sebuah dron yang membawa muatan bom di sempadan Arab Saudi-Yaman, semalam.

Dron milik Houthi didakwa sedang menuju ke Lapangan Jizan. Serangan dron ini merupakan yang terbaru selepas serangan dron di kawasan paip minyak berhampiran Riyadh dan Lapangan Terbang Najran. Pada Khamis lalu, Arab Saudi berjaya menembak jatuh sebuah dron yang membawa muatan bahan peledak yang mensasarkan hangar milik Tentera Udara Diraja Arab Saudi.

Sementara itu, stesen TV Yaman, al-Masirah melaporkan puak Houthi telah bertanggungjawab untuk melancarkan serangan dron terhadap Arab Saudi.

Sementara itu, agensi Saudi Press Agency memetik kenyataan jurucakap tentera perikatan, Kolonel Turki al-Malki berkata, dron tersebut berjaya dikesan dan ditembak jatuh oleh Pasukan Pertahanan Udara Diraja Arab Saudi pada awal pagi 26 Mei waktu tempatan.

“Militan Houthi yang disokong oleh Iran seringkali cuba menyerang sasaran kemudahan dan fasiliti awam,” kata al-Malki yang dipetik oleh agensi Arab Saudi.

Pada pertengahan Mei lalu, dua stesen pam minyak untuk saluran paip Timur-Barat telah diserang oleh dron yang membawa bahan letupan. Serangan tersebut menyebabkan Arab Saudi menghentikan bekalan  untuk seketika.

n

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!