Home Semasa Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah mangkat

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah mangkat

by Air Times News Network

KUANTAN, 22 Mei – Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi satu kenyataan media, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan Sultan Ahmad Shah mangkat jam 8.50 pagi tadi.

“Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

“Almarhum mangkat pada jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, saya mohon rakyat jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan semoga roh almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama para syhuhada,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!