Home Pertahanan dan Keselamatan Jangan buat spekulasi isu pembelian helikopter, ganggu proses siasatan – Mohamad Sabu

Jangan buat spekulasi isu pembelian helikopter, ganggu proses siasatan – Mohamad Sabu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang masih menjalankan siasatan terhadap isu-isu perolehan dan kewangan Kementerian Pertahanan.

Dalam satu kenyataan semalam, Mohamad mengingatkan mana-mana pihak yang tiada kaitan jangan membuat sebarang spekulasi terhadap sebarang isu yang sedang disiasat oleh JKSTUPKK seperti pembelian helikopter kerana ia akan mengganggu proses siasatan.

“Seperti hasil siasatan JKSTUPKK berhubung isu Land Swap sebelum ini, Kementerian Pertahanan akan memanjangkannya kepada Kabinet sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan pembelian helikopter tentera bernilai RM300 juta yang dibuat ketika pentadbiran BN masih belum diterima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga kini.

Laporan yang memetik sumber itu menyatakan sebanyak enam buah helikopter tempur ringan MD530G yang dikeluarkan gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat, McDonnel Douglas dipesan ketika Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjadi Menteri Pertahanan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!