Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais serangan taktikal skala besar ke atas Pulau Labuan masuk hari ke-5

Eksesais serangan taktikal skala besar ke atas Pulau Labuan masuk hari ke-5

by M.Daim

LABUAN, 13 Mei – Hari kedua fasa latihan penerjunan bebas Eksesais Tactical Airland Operation (TALO) dan Beruang Ganas berlangsung di Lapangan Terbang Labuan, semalam.

Latihan bersama antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) yang memasuki hari kelima itu melibatkan penerjunan bebas dari pesawat CN-235.

Eksesais bersama ini merupakan merupakan latihan serangan taktikal berskala besar yang memberi fokus pada latihan untuk menguji siap siaga pesawat-pesawat TUDM seperti C-130H dan helikopter EC-725.

Selain daripada itu, latihan ini dapat mempertingkatkan daya saling operasi (interopability) di antara anak kapal pesawat dengan teknik dan gerak taktikal yang diguna pakai oleh pasukan khas. Penyelarasan sebegini adalah perlu bagi memastikan keselamatan dan ketepatan misi penerbangan dapat dicapai.

Latihan bersama TUDM dan TD menguji daya saling operasi kedua-dua cabang perkhidmatan ATM di kawasan pulau. Foto: TUDM

Latihan taktikal TUDM bersama Eksesais Beruang Ganas anjuran Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) ini melibatkan No 14 Skuadron(Skn), No 20 Skn dan No 5 Skn. Latihan bersama ini diadakan semenjak 8 Mei lalu.

Sementara itu, Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Dato’ Yazid Arshad bersama Komander Pangkalan Udar Labuan menziarahi salah seorang anggota penerjun yang sedang dirawat di Hospital Labuan. Penerjun dari Tentera Darat mengalami kecederaan semasa mendarat pada hari pertama latihan.

“Anggota stabil dan sedang menerima rawatan dari Hospital Labuan,” jelas TUDM.

TUDM menambah, latihan akan diteruskan dengan fasa penerbangan TALO dan Latihan Heliborne yang berlangsung pada hari ini.

Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Dato’ Yazid Arshad dan Komander Pangkalan Udara Labuan melawat anggota tentera yang tercedera semasa latihan. Foto: TUDM

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!