LABUAN, 12 Mei – Ketika Ramadhan hampir genap seminggu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TD) sedang giat melaksanakan latihan di Labuan.
Semalam, TUDM dan TD telah melaksanakan latihan akhir fasa akhir “On Ground TALO Training” di Lapangan Terbang Labuan.
Latihan ini melibatkan anak kapal pesawat C130H dan anggota PULPAK.
Pada masa yang sama, pesawat CN235 dari No 1 Skuadron turut terlibat dalam latihan penerjunan ‘free fall’. Latihan ini melibatkan peserta Kursus Terjun Bebas Siri TB/1/19 dan Lanjutan Bebas.
Latihan penerjunan free fall merupakan program tambahan disamping Eks Beruang ganas yang sedang berlangsung di Labuan.