Home Semasa SKMM nafi pantau, intip telefon individu tertentu

SKMM nafi pantau, intip telefon individu tertentu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Mei –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan bahawa telefon milik individu tertentu dipantau dan diintip oleh pihak berkuasa di negara ini.

Dalam satu kenyataan semalam, SKMM menegaskan dakwaan itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

“Sebagai satu badan yang mengawal selia dan membangunkan industri komunikasi dan multimedia, SKMM tidak memantau mahupun mengintip perkara-perkara yang dimuatkan oleh pengguna WhatsApp”,  kata kenyataan tersebut.

SKMM dalam kenyataan tersebut menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!