Home Semasa Bekas tentera dipenjara, disebat jadi bapa ayam

Bekas tentera dipenjara, disebat jadi bapa ayam

by Nurulhuda

SEREMBAN, 8 Mei – Seorang bekas tentera dihukum penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menjadi orang tengah yang menawarkan aktiviti persundalan.

Muhammad Nizam Aripen, 38, didapati bersalah terhadap dua pertuduhan itu yang dilakukan di Taman AST, pada 20 Januari tahun lalu.

Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan yang akan berjalan serentak.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372 (1) (f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 15 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, peguamnya, Haresh Mahadevan memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan sebatan sehingga rayuan di mahkamah tinggi selesai.

Pada 1 Febuari lalu,  Mahkamah Sesyen Seremban mengarahkan Muhammad Nizam membela diri  diri atas dua pertuduhan sebagai orang tengah menawarkan aktiviti persundalan.

Artikel berkaitan : Bekas tentera didakwa jadi bapa ayam

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!