Home Pertahanan dan Keselamatan RMAF CHALLENGE 2019: Kecergasan dalam siap siaga mempertahankan kedaulatan negara

RMAF CHALLENGE 2019: Kecergasan dalam siap siaga mempertahankan kedaulatan negara

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Seramai 354 orang pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menyertai RMAF Challenge 2019 di Taman Botani Perdana, hari ini.

RMAF Challenge 2019 dianjurkan oleh TUDM dan melibatkan pegawai-pegawai kanan TUDM berpangkat Leftenan Kolonel setaraf dan ke atas.

Acara larian sejauh 10 kilometer ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM.

“Aktiviti yang dirancang ini adalah bertujuan membudayakan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal bagi menjamin kecergasan disamping siap siaga dalam mempertahankan kedaulatan negara,” kata TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Acara bermula dengan senamrobik kelolaan Jurulatih Jasmani TUDM dengan bantuan Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU).

RMAF Challenge 2019 telah dibahagikan kepada 4 kategori utama mengikut kelompok umur iaitu

RMAF  ini disertai hampir 354 peserta yang dikumpulkan mengikut kategori kelompok umur. Kategori A adalah terdiri daripada pegawai yang berumur 55 tahun dan ke atas manakala kategori B terdiri daripada berumur 50 hingga 54 tahun.

Kategori C adalah terdiri daripada pegawai berumur 45 hingga 50 tahun sementara kategori D pula berumur 44 tahun dan ke bawah.

Acara larian ini dimulakan jam 7 pagi dan berakhir sepenuhnya pada jam 9 pagi.

‘Medal’ telah diberikan kepada 10 pemenang terawal bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Turut hadir ke acara ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Abdul Mutalib Datuk Ab Wahab TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Asghar Khan Goriman Khan TUDM serta pengawai-pegawai kanan TUDM.

GALERI GAMBAR:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!