Home Pertahanan dan Keselamatan Tiada lagi pangkat tentera untuk ahli politik, selebriti

Tiada lagi pangkat tentera untuk ahli politik, selebriti

by Bernama

KUALA LUMPUR, 19 Apr – Kementerian Pertahanan telah menghentikan amalan pemberian dan pengurniaan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada ahli politik dan selebriti.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata langkah itu mendapat sokongan Raja-Raja Melayu yang menjadi penaung kepada pelbagai cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mereka (Raja-Raja Melayu) amat mengalu-alukan langkah itu kerana penganugerahan ini boleh disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Jika hendak memakai pangkat dan sebagainya dalam kalangan orang awam ia perlu menjalani latihan ketenteraan seperti melalui pasukan Askar Wataniah dan bukan dianugerahkan melalui orang-orang politik, ” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Jalan Padang Tembak, di sini.

Mohamad berkata ia dihentikan bagi menghormati jasa serta pengorbanan tentera yang telah bersusah payah berkhidmat dan mengelak pangkat dan gelaran pasukan itu direndahkan. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!