Home Pertahanan dan Keselamatan Beri bantuan kepada bekas tentera yang diberhentikan – Veteran Tak Berpencen

Beri bantuan kepada bekas tentera yang diberhentikan – Veteran Tak Berpencen

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 April –Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen (PVATTBM) hari ini meminta kerajaan untuk memberikan bantuan kepada bekas tentera yang telah diberhentikan.

Yang Dipertua merangkap Presiden PVATTBM, Haji Ismail Abidin berkata, anggota tentera yang diberhentikan dibawah maksud “Perkhidmatan Tidak Lagi Diperlukan” tidak akan mendapat faedah seperti veteran tentera yang lain.

Beliau menambah, anak dan isteri veteran tidak berpencen turut terlepas peluang untuk mendapat faedah.

“Saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan bantuan kepada mereka yang diberhentikan di bawah Peraturan Para 49.

“Kalau boleh selepas 3 tahun diberhentikan, nama mereka dibersihkan dan diberikan buku baru supaya mereka mendapat kemudahan seperti mana-mana veteran lain”, jelas Ismail.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu sidang media selepas menyempurnakan Persidangan Meja Bulat Wakil-wakil Veteran ATM Tidak Berpencen Seluruh Negara.

Selain daripada itu, Ismail turut menggesa kerajaan untuk meneliti semula pembatalan bantuan baikpulih rumah dan turut memohon kuota haji kepada 200 orang veteran.

“Jabatan Hal Ehwal Veteran perlu diadakan di setiap negeri bagi memudahkan urusan veteran untuk mendapatkan bantuan”, kata Ismail.

Pada masa yang sama, beliau memanjatkan rasa syukur dengan bantuan kerajaan sebanyak RM 500 sempena Hari Raya Aidilfitri.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!