Home Pertahanan dan Keselamatan TLDM penuhi impian pesakit kanser naiki kapal perang

TLDM penuhi impian pesakit kanser naiki kapal perang

by Air Times News Network

KLANG, 12 April – Impian seorang pesakit kanser tulang peringkat 4, Azmeer Azaman, untuk menaiki kapal perang tercapai apabila Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membawa beliau menaiki kapal KD Perantau di Pusat Hidrografi Nasional, hari ini.

Azmeer, 13 tahun, menderita kanser tulang semenjak berusia 8 tahun. Impian Azmeer disahut oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Program Ziarah Sahabat Kanser.

“Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak anggota tentera kerana dapat memenuhi impian Azmeer”, ujar Zaki Yahya semasa di sidang media di kapal KD Perantau.

Beliau merupakan pengasas NGO tersebut yang juga merupakan seorang pesakit kanser.

Zaki menegaskan bahawa pesakit-pesakit kanser amat memerlukan sokongan dari keluarga dan masyarakat.

Sementara itu, Pengarah Kanan Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan Md Said berkata beliau amat gembira kerana dapat menunaikan impian Azmeer.

“Disamping dapat memberi kegembiraan kepada Azmeer, TLDM ingin memberikan sokongan yang terbaik supaya cita-citanya tercapai”, kata Dr. Najhan.

Aktiviti ini merupakan satu penghormatan kepada TLDM kerana dapat menunaikan impian Azmeer dan aktiviti ini merupakan satu platform kepada masyarakat mengenali TLDM dengan lebih dekat.

Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan orang ramai terutamanya penduduk Lembah Klang untuk hadir ke Hari Terbuka Armada di Pusat Hidrografi Nasional mulai esok sehingga 14 April 2019. Pameran akan bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Terdapat pelbagai aktiviti yang akan diadakan di pameran tersebut seperti Demonstrasi Pasukan Khas Laut (PASKAL), pameran aset TLDM termasuk kapal-kapal dan helikopter.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!