1.5K
SAINT PETERSBURG, 3 April – Empat tercedera dalam satu insiden letupan di sebuah akademi tentera di bandar Saint Petersburg, Russia, lapor agensi berita yang memetik sebuah perkhidmatan kecemasan.
“Akibat satu letupan, empat kadet tercedera menurut satu maklumat awal,” kata pegawai perkhidmatan kecemasan kepada agensi berita rasmi, RIA Novosti sejurus selepas letupan berlaku di akademi Mozhaisky di pusat bandar.
“Apa yang sebenarnya meletup masih tidak dapat disahkan,” kata pegawai berkenaan.
Difahamkan akademi berkenaan dikendalikan kementerian pertahanan dan melatih pegawai untuk khidmat pertahanan udara dan angkasa selain cawangan angkatan tentera lain.