Home SemasaGlobal AS nafi kekalkan anggota di Syria

AS nafi kekalkan anggota di Syria

by Noor Sheila Amin

Sebaliknya rancangan AS untuk mengekalkan hanya 200 anggota di negara bergolak itu masih tidak berubah.

Menurut The Wall Street Journal, semalam AS bercadang untuk terus bekerjasama dengan pejuang Kurdis di negara itu walau perbincangan antara Turki, pasukan Kurdis yang disokong AS dan sekutu Eropah gagal mencapai sebarang persetujuan berhubung zon selamat di timur laut Syria.

“Sebuah akhbar utama AS semalam mendakwa tentera sedang merancang untuk mengekalkan hampir 1,000 anggota di Syria adalah tidak benar,” kata pengerusi Ketua Staf Bersama, Jeneral Joseph Dunford dalam satu kenyataan.

“Tidak ada perubahan dalam rancangan yang diumumkan Februari lalu dan kami terus melaksanakan arahan Presiden untuk mengundurkan tentera AS.”

Disember lalu, Presiden Donald Trump secara tiba-tiba mengumumkan pengunduran sepenuhnya 2,000 tentera AS yang ditempatkan di timur laut Syria, sekali gus mengisytiharkan kemenangan ke atas militan Daesh.

Keputusan mengejut itu memaksa setiausaha pertahanannya Jim Mattis meletak jawatan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!