SEOUL, 8 Mac – Korea Utara menyifatkan latihan ketenteraan bersama antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS), adalah sebagai ‘cabaran jelas’ terhadap usaha perdamaian di semenanjung Korea.
Sebelum ini pada Ahad lalu, Washington dan Seoul bersetuju menggantikan dua latihan ketenteraan besar-besaran yang dianjurkan setiap musim bunga, iaitu latihan ‘Key Resolve’ dan ‘Foal Eagle dengan latihan lebih pendek ‘Dong Maeng’, bermula minggu ini.
Namun ianya terpaksa dibatalkan bertujuan meredakan ketegangan dengan Korea Utara, susulan usaha diplomasi, sejak awal tahun lalu.
Kira-kira 30,000 tentera AS ditempatkan di Korea Selatan dan latihan mereka dengan puluhan ribu tentera Korea Selatan menimbulkan kemarahan Korea Utara dengan Pyongyang mengutuknya sebagai latihan raptai provokasi untuk penjajahan.