Home Semasa Masyarakat berdarah ‘A’ diseru untuk derma – Dr Thane

Masyarakat berdarah ‘A’ diseru untuk derma – Dr Thane

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Pusat Darah Negara (PDN) menyeru orang ramai khususnya para penderma yang mempunyai darah kumpulan A untuk tampil menderma darah, kata Ketua Seksyen Unit Perolehan Darah PDN, Dr Thane Moze Darumalinggam.

Dr Thane berkata bekalan darah daripada kumpulan berkenaan berada pada tahap sederhana, dan menyeru orang ramai yang berdarah kumpulan A untuk tampil kehadapan menderma darah bagi meningkatkan stok darah kumpulan itu di PDN.

“Buat masa ini, bekalan darah di PDN memang mencukupi, cuma darah A berada pada tahap sederhana.

“Kita mengalu-alukan semua para belia untuk menderma darah supaya PDN akan sentiasa boleh menampung keperluan darah, kerana pesakit-pesakit sememangnya memerlukan darah tidak mengira masa.

Menurutnya, buat sementera ini stok darah di PDN sememangnya mencukupi dan boleh menampung semua keperluan harian.

“Tetapi ia harus dilaksanakan secara berkala. Saya juga mengalu-alukan semua rakyat Malaysia yang layak menderma untuk datang menderma darah.

“Jangan percaya mitos kononnya jika seseorang itu derma darah ia akan membuatkan berat badan mereka akan naik dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Program Derma Darah bersempena Hari Ulang Tahun Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) ke-60 di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH, hari ini.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA), Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Hj Azlan Abd Rahman.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!