Home Semasa Najib tak faham pengumuman BOUSTEAD  kepada bursa saham

Najib tak faham pengumuman BOUSTEAD  kepada bursa saham

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar menyifatkan Dato’ Sri Mohd Najib Razak tidak memahami pengumuman Bousted kepada Bursa Saham berhubung isu penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang.

Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini berkata, bekas perdana menteri itu mungkin hanya membaca tajuk pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia dan langsung tidak membaca isi kandungannya sehingga menyebabkan beliau gagal memahami mengapa Pejabat Menteri Pertahanan mengatakan penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang masih belum dimuktamadkan.

“Pengumuman Bursa Malaysia itu menjelaskan Surat Tawaran itu tertakluk kepada beberapa syarat iaitu pembeli diberikan Masa Eksklusif selama satu bulan bermula 19 Februari 2019 untuk melakukan penilaian atau aktiviti “due diligence” kepada Hotel dan Boustead akan memberikan segala bantuan yang diperlukan dalam melakukan aktiviti penilaian tersebut.

“Boustead tidak seharusnya memberikan respons kepada (selain menolak) sebarang siasatan, perbincangan, cadangan atau tawaran untuk atau meneruskan, membuat tawaran, rundingan atau mengadakan perbincangan, atau mengadakan sebarang perjanjian atau persefahaman dengan pihak lain melibatkan Hotel semasa Masa Eksklusif.

“Melaksanakan perjanjian jual beli bagi kedua-dua pihak semasa Masa Eksklusif.

“Syarat-syarat yang diperuntukkan bagi Pelupusan Cadangan akan termasuk, antara lain, kelulusan berkanun dan pengawalseliaan yang dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia dan Bursa Singapura.

Terdahulu bekas Perdana Menteri yang berdepan dengan pelbagai pertuduhan rasuah, mempersoalkan kenyataan
yang dikeluarkan Pejabat Menteri Pertahanan berhubung isu penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Boustead Holdings Berhad.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!