1.4K
CHITTAGONG, 25 Feb – Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia 25 tahun yang cuba merampas pesawat penumpang, Biman Bangladesh semasa dalam penerbangan menuju ke Dubai, ditembak mati komando Bangladesh, hari ini.
Menurut laporan AFP, suspek ditembak mati semasa pasukan khas merempuh masuk pesawat terbabit sejurus mendarat di Chittagong.
Sementara itu jurucakap tentera Mejar Jeneral Motiur Rahman berkata suspek yang cedera parah disahkan meninggal dunia selepas dia ditangkap.
Kesemua 148 penumpang dan anak kapal pesawat Bangladesh Biman BG147 dilaporkan selamat dan dipindahkan selepas lapangan terbang ditutup oleh Tentera Darat, Tentera Laut dan polis elit.