Home SemasaGlobal Insiden rempuhan kereta di Melbourne: Lelaki dipenjara seumur hidup

Insiden rempuhan kereta di Melbourne: Lelaki dipenjara seumur hidup

by Noor Sheila Amin

MELBOURNE, 22 Feb – Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah agung Victoria atas kesalahan membunuh enam pejalan kaki dan mencederakan 27 yang lain dalam satu insiden rempuhan kereta di Melbourne.

Memetik laporan Reuters, James Gargasoulas, 29, dengan sengaja merempuh kereta curi yang dipandunya ke arah pejalan kaki di Bourke St pada Januari 2017.

Ketika perbicaraannya tahun lalu, pihak juri ditunjukkan bukti Gargasoulas, yang juga dikenali sebagai Dimitrious mensasarkan pejalan kaki pada kelajuan melebihi 60 kilometer sejam.

Gargasoulas kemudian mengakui melakukan perbuatan tersebut setelah menerima ‘perutusan dari Tuhan’.

Hakim Mark Weinberg ketika membacakan keputusannya berkata, tindakan Gargasoulas ketika kejadian bukan disebabkan penyakit mental, sebaliknya dia mengalami psikosis berpunca daripada dadah.

Insiden itu merupakan salah satu pembunuhan beramai-ramai Australia sejak pembunuhan beramai-ramai Port Arthur tahun 1996 di selatan negara Tasmania, di mana 35 orang ditembak mati.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!