Home Semasa Perbincangan Perjanjian Air 1962 Singapura-Malaysia dibayangi isu ruang udara, maritim

Perbincangan Perjanjian Air 1962 Singapura-Malaysia dibayangi isu ruang udara, maritim

by Air Times News Network

SINGAPURA, 20 Feb – Kementerian Luar (MFA) Singapura memaklumkan perbincangan mengenai Perjanjian Air 1962 antara Singapura dengan Malaysia dibayangi oleh isu maritim dan ruang udara.

Menurut laporan Bernama, pertemuan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dengan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Nov 2018 telah menyatakan kesediaan mereka untuk pegawai-pegawai berbincang dengan lebih lanjut bagi lebih memahami kedudukan setiap pihak ke atas hak untuk menyemak semula harga air di bawah Perjanjian Air 1962, ujar jurucakap MFA.

Jurucakap itu berkata Peguam Negara dari kedua-dua negara kemudian mengadakan pertemuan pada Disember 2018,” tetapi perbincangan mereka dibayangi oleh isu baharu yang timbul mengenai Had Pelabuhan Johor Bahru dan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen Seletar (ILS).”

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas pertanyaan media terhadap komen oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah, semalam.

Terdahulu, Saifuddin dilaporkan berkata rundingan semakan semula harga air mentah dengan Singapura yang dibekalkan Malaysia kepada Singapura bermula sejak sebulan lepas.

Beliau berkata rundingan itu dilakukan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas dengan peguam negara republik berkenaan dan beberapa pertemuan lagi akan diadakan berhubung perkara itu.

“Perbincangan tentang perjanjian air telah bermula. Kita ada lapan perkara sedang dirunding dengan Singapura dan perjanjian air adalah satu daripadanya.

Ini (kejayaan memulakan rundingan) kita anggap penting kerana sebelum ini, kita tidak dapat duduk semeja tentang isu itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rohingya Education Centre (REC) Klang, Selangor, semalam.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!