Home SemasaGlobal Dulu model Lucah, sekarang anggota tentera

Dulu model Lucah, sekarang anggota tentera

by Noor Sheila Amin

LONDON, 18 Feb – Seorang anggota tentera Britain, Prebet Briony Murray, 26, telah disiasat oleh pegawai atasannya baru-baru ini kerana disyaki menjadi model bogel.

Sebelum menyertai tentera Britain, Murray memulakan kerjaya sebagai model bogel pada tahun 2013 untuk laman-laman web lucah.

Kebanyakan daripada ratusan gambar dan videonya masih dipaparkan di laman web tersebut.

Sebahagian gambar tersebut menunjukkan dia memakai stoking, seluar dalam, coli, pakaian dalam dan mendedahkan payudara serta tubuhnya.

Menurut rakan-rakan sekerja Murray, gambar-gambar tersebut mengejutkan mereka, namun seorang daripada mereka berkata pihak tentera mengambil berbagai-bagai jenis kelakuan manusia dan untuk menjadi askar.

Bagaimanapun, Murray yang berkhidmat di Jabatan Kewangan dan Akaun Tentera Britain tidak dikenakan sebarang tindakan selepas menjalani proses siasatan oleh pegawai-pegawai tinggi ketenteraan.

Menurut seorang sumber tentera di jabatan itu berkata: “Setiap orang datang dengan latar belakang sejarah mereka. Dia (Murray) merupakan seorang askar yang bagus dan itu (gambar-gambar bogelnya) telah dijadikan sebagai isu (untuk mencalarkan imejnya).”

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!