Home SemasaGlobal Polis Jerman tahan bekas perisik rejim Bashar Al-Asaad

Polis Jerman tahan bekas perisik rejim Bashar Al-Asaad

by Noor Sheila Amin

BERLIN, 14 Feb – Dua  bekas perisik rejim Bashar Al-Asaad, Anwar R, 56, dan Eyad A,42, ditahan polis Jerman atas tuduhan jenayah kemanusiaan, penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai, kata pegawai semalam.

Memetik berita Agensi, kedua-dua mereka ditahan pada Selasa, susulan operasi polis di barat daya negeri Rhineland-Palatinate dan Berlin, kata pejabat Pendakwa Persekutuan dalam satu kenyataan.

Anwar yang berusia 56 tahun adalah pegawai kanan Agensi Perisikan Syria sehingga September 2012 dan disyaki bertanggungjawab terhadap penyeksaan sistematik ratusan orang awam di kemudahan tahanan Al-Khatib di Damsyik.

Seorang lagi suspek, Eyad, 42, disyaki membunuh dua orang ketika bekerja untuk perisikan Syria antara Julai 2011 dan Januari 2012.

Beliau juga dituduh terlibat dalam penyeksaan dan penganiayaan terhadap sekurang-kurangnya 2,000 tahanan.

Sementara itu, Pusat Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia Eropah sebuah institusi berpusat di Berlin yang membantu mangsa penyeksaan di Syria, mengalu-alukan penangkapan itu dan menyifatkan ia sebagai langkah penting dalam usaha menuntut keadilan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!