Home Semasa Tun M jadi idola rakyat Pakistan -Javaid Ur Rehman

Tun M jadi idola rakyat Pakistan -Javaid Ur Rehman

by Noor Sheila Amin

Menurut Javaid adalah tidak mengejutkan apabila Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengundang Dr Mahathir untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara itu bagi menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Pakistan pada 23 Mac sebagai tetamu utama.

 “Tun Dr Mahathir ialah antara pemimpin yang sangat terkenal di Pakistan dan kami memandang tinggi pencapaian Malaysia sebagai Harimau (Ekonomi) Asia. Kami mengharapkan yang berbaik,” katanya.

Beliau berkata lagi, hubungan erat di antara Pakistan dan Malaysia melonjak ke paras lebih tinggi sempena lawatan Imran Khan ke Malaysia sebelum ini.

“Ia satu lawatan yang telah lama ditunggu-tunggu oleh rakyat Pakistan untuk memastikan hubungan baik dan perpaduan antara dua negara Islam ini akan berterusan,” katanya.

Javaid berkata, Malaysia sering menjadi fokus utama warganegara Pakistan, sama ada untuk datang bekerja atau melancong kerana mereka tertarik dengan keindahan alam semula jadi dan mengagumi keharmonian rakyat negara ini yang berbilang kaum dan agama.

Wartawan itu berkata, sepanjang tinggal di negara ini, beliau telah menulis kira-kira 90 hingga 100 artikel untuk disiarkan di Pakistan.

Katanya, ada banyak perkara yang boleh ditulis mengenai Malaysia kerana negara ini adalah antara hab terpenting di Asia Tenggara dan dalam kalangan negara Harimau Asia dari segi ekonomi.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!