Home Semasa Bekas pegawai tentera dipenjara, denda RM15,000

Bekas pegawai tentera dipenjara, denda RM15,000

by Noor Sheila Amin

Sebelum ini mahkamah  pada 11 Oktober tahun lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman sehari selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sebelum pihak pendakwaan mengemukakan rayuan pada 30 Oktober.

Namun dalam penghakimannya Zainal Azman berkata, hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen itu tidak mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh.

“Meskipun perlakuan tertuduh itu tidak mengakibatkan kerugian terhadap kerajaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia namun rasuah tetap berlaku.

“Mahkamah seharusnya mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan individu, kesalahan rasuah ini perlu dipandang berat terutamanya yang dilakukan penjawat awam,” katanya.

Tertuduh dari Taman Bahagia, Temerloh diadakwa menerima suapan sebanyak RM5,794 melalui akaun milik isterinya, Rosnahni Hussin daripada kontraktor Mohd Rozaini Mohamad Rosli pada 18 November 2016 di Malayan Banking Berhad, Jalan Bukit Ubi.

Kesalahan itu dilakukan ketika tertuduh bertugas sebagai Pegawai Staf 1 (Ketua Zon) di Pejabat Senggaraan Zon Timur(Pahang), Cawangan Pengurusan Fasilitas dan Urus Senggara Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Kem Batu 3, Temerloh.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!