1.8K
SEPANG, 12 Feb – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan khabar angin kononnya beliau telah dipecat parti itu dan menganggapnya sebagai berita palsu.
“Banyak khabar angin sekarang ini yang disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, kita jangan percaya dengan khabar-khabar angin terutamanya melalui teknologi baru seperti sosial media,” katanya
Memetik laporan Bernama, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi terdahulu merasmikan perkhidmatan sewa khas untuk Haji dan Umrah, Amal oleh Malaysia Airlines.