BANGKOK, 11 Feb – Parti Thai Raksa Chart akan mematuhi perintah diraja yang melarang pencalonan Puteri Ubolratana untuk jawatan perdana menteri, menurut satu kenyataan hari ini sehari selepas beliau mengumumkan bakal merebut kerusi itu.
“Memetik laporan AFP, Parti itu mematuhi arahan diraja, dengan penuh kesetiaan kepada Raja dan seluruh anggota kerabat diraja,” menurut kenyataan itu kepada wartawan.
Puteri berusia 67 tahun itu mengejutkan rakyat Thailand, apabila mengumumkan beliau bertanding sebagai calon perdana menteri, mewakili Thai Raksa Chart yang setia kepada bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.
Pembabitannya dalam politik turut memecah tradisi keluarga diraja Thailand, tetapi dijangka tidak mendapat pengesahan Suruhanjaya Pilihan Raya, susulan bantahan Raja Maha Vajiralongkorn.