Home SemasaGlobal 60 pasukan elit dunia sertai cabaran SWAT UAE 2019

60 pasukan elit dunia sertai cabaran SWAT UAE 2019

by Air Times News Network

DUBAI, 11 Feb – Sebanyak 60 pasukan elit Senjata Khusus dan Taktikal (SWAT) dari 50 negara telah menyertai Cabaran SWAT UAE 2019 yang dianjurkan oleh Polis Dubai bermula 10 hingga 14 Februari ini di Pusat Latihan Al Ruwayaa di sini semalam.

Pertandingan yang menguji profesionalisme taktikal dan persenjataan setiap pasukan dalam lima kategori cabaran iaitu menyelamat tebusan, pengendalian senjata, taktik, serbuan dan halangan fizikal untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi merebut wang tunai berjumlah USD170,000 (RM 691,780.61) selain USD10,000 (RM40,692.98) setiap hari bagi tiga pasukan dengan pungutan markah tertinggi.

Acara yang sangat unik ini adalah sebagai inisiatifnya mempamerkan komitmen penganjur dalam amalan kepolisan luar biasa yang dimiliki oleh setiap pasukan SWAT sebagai sebuah aset strategik sebuah negara.

Cabaran yang direka turut mewujudkan kerjasama antara semua pasukan SWAT di peringkat global berasaskan fakta merentas semua spektrum prosedur, undang-undang, ketenteraman, perlindungan, dan kawalan.

Polis Dubai yang diiktiraf paling canggih dalam pencegahan jenayah, kepolisan dan forensik dunia ini menjadi tuan rumah dalam pertandingan yang dianjurkan dengan pengawalan Sheikh Saif bin Zayed Al Nahyan, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Emiriah Arab Bersatu.

Pertandingan ini turut disertai oleh pasukan elit dari Amerika Syarikat, Itali, Perancis, Argentina, Rusia termasuk Indonesia, Thailand, dan Vietnam.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!