Home SemasaGlobal MH17 : Russia, Belanda berbincang

MH17 : Russia, Belanda berbincang

by Noor Sheila Amin

Memetik laporan Berita Harian, menurut pasukan siasatan antarabangsa yang diketuai oleh Belanda memutuskan bahawa pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, ditembak jatuh oleh peluru berpandu Russia.

Namun, Moscow menyangkal sebarang pembabitan dalam kejadian itu.

“Kami sudah menghubungi Russia menerusi saluran diplomatik atas dasar tanggungjawab bersama.

“Kami yakin perbincangan dengan pihak Russia dapat diadakan dalam masa terdekat,” kata jurucakap Kementerian Luar Belanda.

Pesawat MH17 ditembak jatuh dalam wilayah yang dikuasai puak pemisah pro Russia di timur Ukraine pada Julai 2014, mengakibatkan 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Kira-kira dua pertiga daripada mereka adalah rakyat Belanda.

Pada Mei 2018, Kerajaan Belanda dan Australia berkata, mereka mahu Russia bertanggungjawab terhadap kejadian itu, selepas penyiasat berjaya mengesan sistem peluru berpandu BUK digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.

Sistem itu didakwa digunakan oleh briged anti pesawat ke-53, yang berpangkalan di Kursk, barat Russia.

Bagaimanapun, Presiden Vladimir Putin, menolak dakwaan bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu Russia.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!