Home SemasaGlobal Bot nelayan Malaysia ditahan di selat melaka

Bot nelayan Malaysia ditahan di selat melaka

by Noor Sheila Amin

JAKARTA, 6 Feb – Jenderal Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan (PSDKP) Indonesia, Nilanto Perbowo, memaklumkan penahanan dua bot nelayan dipercayai dari malaysia di perairan Zon Ekonomi Eksklusif Indonesia (ZEEI) di Selat Malaka, Sabtu lalu.

Memetik laporan Tribunne, Nilanto berkata penahanan bot tersebut dilakukan oleh Kapal Pengawasan Perikanan Hiu 012 ketika membuat operasi membanteras kegiatan penangkapan ikan secara haram di Wilayah Pengelolaan Perikanan Indonesia.

“Dua bot ditahan dengan tertera bendera Malaysia. Namun juragan dan awak-awak bot berkenaan adalah warga Thailand.

Menurut Nilanto, kedua-dua bot itu ditahan dan ditunda ke Pangkalan Lampulo untuk proses siasatan dan undang-undang oleh Pegawai Negeri Sipil (PPNS) kerana melakukan penangkapan haram di perairan negara ini tanpa permit sah serta menggunakan alat tangkapan yang di larang oleh kerajaan Indonesia,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!