Home Semasa Veteran tentera mohon kerajaan umum segera kuota haji

Veteran tentera mohon kerajaan umum segera kuota haji

by Noor Sheila Amin

KANGAR, 4 Feb – Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Perlis, Datuk Idrus Kassim menggesa kerajaan pusat segera mengumumkan kuota haji untuk mereka supaya anggotanya yang layak dapat membuat persiapan ke Tanah Suci tahun ini.

Menurut idrus, mereka  bukan mengharapkan bantuan wang daripada kerajaan tetapi memadai dengan meneruskan pemberian kuota seperti sebelum ini.

Tambah beliau lagi,  biasanya pengumuman mengenai peruntukan kuota itu dibuat oleh kerajaan pusat tetapi sehingga kini belum kedengaran apa-apa.

“Oleh kerana Tabung Haji telah memulakan kursus haji untuk bakal haji tahun ini, maka adalah wajar kerajaan tidak berlengah mengumumkannya,” kata beliau.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!