1.5K
MADRID, 4 Feb – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro semalam menolak gesaan negara Eropah untuk mengadakan pilihan raya selepas pesaingnya, Juan Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin sementara negara itu.
Dalam satu temu bual dengan stesen televisyen Sepanyol, Sexta, Maduro berkata beliau tidak akan tunduk dengan tekanan pihak luar yang mahukan pengundurannya.
Sepanyol, Perancis, Jerman, Britain, Belanda, Portugal dan Austria berkata sekiranya Maduro tidak mengadakan pilihan raya awal, mereka akan mengiktiraf Guaido sebagai presiden Venezuela yang sah.