Home SemasaGlobal Militan Abu Sayyaf serah diri

Militan Abu Sayyaf serah diri

by Noor Sheila Amin

Pihak berkuasa percaya, Kammah Pae yang membantu pasangan Indonesia dalam satu serangan bunuh diri pada 27 Januari lalu, menyerah diri kepada tentera kerajaan, kata Oscar Albayalde.

“Dia terpaksa menyerah diri mungkin kerana tidak mahu mati ketika serangan tentera,” kata Albayalde pada satu taklimat media.

Sabtu lalu, tentera Filipina membunuh tiga suspek militan Abu Sayyaf dalam pertempuran di Patikul, dalam operasi yang menyasarkan mereka yang terbabit dalam serangan gereja.

Menurut Albayalde,  Kammah menafikan pembabitannya dalam pengeboman berkembar di Jolo yang membunuh 23 orangn namun saksi mendakwa melihat dia mengiringi pasangan Indonesia terbabit.

Lima suspek terbabit antara lain akan berdepan pelbagai dakwaan pembunuhan, kata Albayalde.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!