Home SemasaGlobal Hasina gesa Myanmar terima pelarian Rohingya

Hasina gesa Myanmar terima pelarian Rohingya

by Noor Sheila Amin

DHAKA,  31 Jan –  Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina mengulangi desakan kepada masyarakat antarabangsa bagi memaksa Myanmar menerima semula pelarian Rohingya yang berada negara itu.

“Myanmar harus menerima kembali rakyatnya dan komuniti antarabangsa harus membantu Bangladesh menghantar pulang pelarian Rohingya,” kata Hasina ketika pertemuan bersama Timbalan Menteri Luar Vietnam, Nguyen Quoc Dzung di kediaman rasmi beliau di Gono Bhaban, semalam.

Hasina menambah, Bangladesh dan Myanmar telah menandatangi perjanjian penghantaran pulang pelarian Rohingya, namun pelaksanaan masih lagi tertangguh.

Dalam pada itu, Nguyen memuji usaha kemanusiaan Bangladesh dalam melindungi pelarian Rohingya dengan memberikan mereka tempat tinggal sementara.

Timbalan menteri itu turut menjanjikan sumbangan dana sebagai tanda solidariti terhadap Bangladesh berhubung isu Rohingya.

Beliau turut menjemput Hasina mengunjungi negaranya pada masa yang sesuai.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!