Home PolitikBarisan Nasional Video menari Bos kehakiman, memalukan – Asyraf Wajdi

Video menari Bos kehakiman, memalukan – Asyraf Wajdi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Penularan video ‘majlis tari’ yang melibatkan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas yang menari bersama dengan beberapa individu lain amat memalukan institusi kehakiman dan perundangan negara.

Selain kedua-dua mereka, antara yang berprofil tinggi didapati berada dalam video tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong serta peguam-peguam politik yang dilihat sebagai pro-Pakatan Harapan, Datuk S. Ambiga dan Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata sejak dulu institusi kehakimanan dan perundangan negara amat sensitif dengan apa jua bentuk pergaulan sosial terutamanya para Hakim yang mampu menggugat keyakinan masyarakat terhadap kehormatan, nilai etika, integriti dan adab susila mereka.

Apatah lagi tegasnya jika melibatkan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang bersosial dengan ahli politik dan individu berprofil tinggi yang pastinya boleh mengundang kontroversi dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sebarang keputusan yang bakal mereka ambil kelak.

“Ini juga terkait dengan mantra yang harus mendasari sistem kehakiman dan perundangan negara iaitu ’Keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan, bahkan mesti dilihat dilaksanakan’,” katanya.

Justeru beliau menegaskan Pergerakan Pemuda UMNO melahirkan rasa amat kecewa dengan penularan video majlis sosial tersebut yang hakikatnya telah mencalar institusi kehakiman dan sistem keadilan negara terutamanya institusi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang dilihat semakin hilang kredibiliti dan nilai Integriti lantaran pencabulan etika dan prinsip konflik kepentingan (conflict of interest) yang mula dipersoalkan rakyat.

“Pemuda UMNO melahirkan rasa amat kecewa dengan penularan video majlis sosial tersebut yang hakikatnya telah mencalar institusi kehakiman dan sistem keadilan negara.

“Terutamanya institusi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang dilihat semakin hilang kredibiliti dan nilai integriti lantaran pencabulan etika dan prinsip konflik kepentingan yang mula dipersoalkan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Dalam video yang berdurasi selama 40 saat itu, mereka tersebut dan beberapa lagi yang tidak dikenal pasti menari bersama di atas pentas utama dalam acara yang dipercayai majlis Malam Gala Pembukaan Tahun Perundangan 2019.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!