PUTRAJAYA, 18 Jan – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan diadakan pada 2 Mac ini.
Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, hari penamaan calon telah ditetapkan pada 16 Feb manakala pengundian awal pada 26 Feb.
Kerusi DUN Semenyih kosong selepas penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57 tahun, meninggal dunia pada 11 Jan lalu di Hospital Kajang akibat serangan jantung.
Pada 11 Januari lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Bakhtiar, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada jam 4.45 pagi akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, Bakhtiar yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (Barisan Nasional), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM).
Beliau yang juga Ketua Bahagian BERSATU Hulu Langat memperoleh 23,428 undi.