Home Pertahanan dan Keselamatan Kesal veteran ATM dipinggirkan kerajaan PH – Hishammuddin

Kesal veteran ATM dipinggirkan kerajaan PH – Hishammuddin

by Air Times News Network

LIPIS, 17 Jan – Golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seolah-olah dipinggirkan tanpa pembelaan sewajarnya oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein melahirkan keresahan terhadap masa depan golongan ini berikutan tiada apa-apa yang khusus dilakukan kerajaan PH dalam membantu golongan veteran selepas sembilan bulan memerintah.

“Seperti semua maklum semasa saya memimpin Kementerian Pertahanan, agenda veteran merupakan sesuatu yang cukup dekat di hati saya dan kita Barisan Nasional (BN) pada waktu itu bukukan apa yang kita hendak lakukan.

“Ini termasuklah dari segi perubatan, kesihatan, pendidikan anak cucu dan perumahan bekas tentera terutama yang tidak berpencen. Namun kini mereka terbiar begitu sahaja tanpa dapat pembelaan sewajarnya oleh kerajaan baharu.

“Kalau sekiranya ini berterusan saya bimbang mereka yang tidak berdosa ini menjadi mangsa, cukup-cukuplah berpolitik, cukup-cukuplah menuding jari kepada kerajaan terdahulu,” kata Hishammuddin dalam nada kesal.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis ramah mesra bersama veteran ATM di Felda Sungai Koyan 1 bersempena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada akhir bulan ini.

Suruhanjaya Pilhan Raya SPR telah mengumumkan 26 Januari ini sebagai hari mengundi bagi Pilihanraya Kecil (P.078) Cameron Highlands yang memperlihatkan persaingan empat penjuru antara Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan dua calon bebas.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!