1.4K
WASHINGTON, 15 Jan – Pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam satu kenyataannya memaklumkan melanjutkan sehingga 30 September depan penempatan tentera dan anggota Pengawal Pantai di sempadan Mexico.
Sebagai sebahagian daripada langkah untuk melanjutkan misi yang sepatutnya dijadualkan pada 31 Januari, Pentagon berkata, ia mengalihkan sokongan di sempadan barat daya daripada menjadi tumpuan kemasukan dan pengawasan serta pengesanan mudah alih, termasuk meletakkan wayar kawat konsertina di antara dua pintu masuk itu.
“DoD akan meneruskan perkhidmatan penerbangan sokongan,” kata kenyataan itu, merujuk kepada Jabatan Pertahanan.