Home Semasa Penuhi janji PRU-14, hapuskan Akta Hasutan 1948 – SUHAKAM

Penuhi janji PRU-14, hapuskan Akta Hasutan 1948 – SUHAKAM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) hari ini berkata Akta Hasutan 1948 adalah undang-undang lapuk dan menyekat.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk memansuhkan akta tersebut.

“Berdasarkan janji ke-21 manifesto PH, kerajaan telah menyatakan pendirian yang jelas terhadap Akta Hasutan tetapi penggunaan secara berterusan undang-undang tersebut ketika ini menimbulkan kebimbangan terhadap orang ramai,” kata Razali seperti dilaporkan oleh Utusan Online.

“Amat mengejutkan apabila Kabinet dan Ahli Parlimen PH yang mendakwa menyokong transformasi demokrasi boleh membenarkan perkara sebegini berlaku walaupun ada antara mereka merupakan mangsa Akta Hasutan.

“SUHAKAM mempersoalkan sama ada amalan pihak polis ini berkemungkinan bercanggah dengan polisi kerajaan dan agenda reformasi sehingga ke tahap pihak polis boleh dituduh menjalankan operasi bersifat autokrasi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Razali berkata, SUHAKAM mengakui terdapat penulisan atau perkataan yang diungkap orang awam bersifat menghina tetapi itu merupakan hak untuk menyatakan pendapat membina kepada masyarakat berdemokrasi.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!