Home Pertahanan dan Keselamatan Pesawat TUDM mendarat cemas di Kedah

Pesawat TUDM mendarat cemas di Kedah

by M.Daim

ALOR SETAR, 11 Jan – Sebuah pesawat latihan TUDM jenis Pilatus PC-7 MK II telah melakukan pendaratan cemas di landasan Kolej Tentera Udara (KTU) pada malam semalam.

Kejadian tersebut telah disahkan oleh TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut TUDM, pesawat latihan yang berpangkalan di KTU telah diterbangkan oleh seorang pelatih dari lnstitut Penerbangan 1 (INSPEN 1).

Semasa kejadian, pelatih sedang melaksanakan penerbangan solo pada waktu malam.

“Pesawat latihan tersebut telah mula terbang pada jam 10.14 malam dan pesawat mengalami kecemasan semasa mendarat pada jam 10.38 malam,” jelas TUDM dalam kenyataan.

Pesawat berjaya mendarat dan pelatih penerbangan yang terlibat adalah selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian dengan lebih terperinci.

Pesawat Pilatus PC-7 merupakan pesawat latihan yang dikeluarkan oleh syarikat dari Switzerland, Pilatus Aircraft.

Selain TUDM, PC-7 digunakan oleh lebih 20 buah negara sebagai pesawat latihan asas penerbangan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!