Home SemasaGlobal Gempa bumi gegarkan Kepulauan Maluku

Gempa bumi gegarkan Kepulauan Maluku

by Noor Sheila Amin

JAKARTA, 7 Jan 19 – Pegawai Agensi Pencari dan Penyelamat Ternate, Samud Sergi, memaklumkan gempa bumi 6.6 magnitud melanda bandar Ternati di Pulau Maluku, Indonesia.

Menurut laporan berita dari Reuters memaklumkan, gegaran berada pada kedalaman 60.5 kilometer dan disusuli gempa dengan magnitud 5.0 hingga 5.1 namun tiada ancaman tsunami, kata Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Jurucakap Agensi Bencana Tohomon, Sulawesi Utara berkata, mereka tidak merasa apa-apa gegaran di kawasan itu dan tidak mendengar berlaku kerosakan atau kematian.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan data yang semasa, tidak ada sebarang ancaman tsunami susulan kejadian itu.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!