1.5K
Ramallah, Palestin, 7 Jan 19 – Helikopter tempur Israel membedil dua pos Hamas di bahagian selatan Genting Gaz, malam tadi.
Menurut laporan berita dari Agensi, jurucakap tentera rejim memaklumkan serangan yang dilancarkan sebagai tindak balas terhadap pelancaran peranti letupan menggunakan belon dari Gaza ke kawasan Israel.
Sementara itu, sumber Hamas mengesahkan pos kawalannya di Khan Younis dan timur Gaza City juga telah dibedil namun tiada kecederaan atau kematian dilaporkan susulan dari serangan tersebut.
Serangan udara oleh rejim Israel itu adalah sebagai tindak balas terhadap kumpulan belon yang mencurigakan yang ditemui berhampiran komuniti Israel berhampiran sempadan Gaza