Home Semasa Larangan merokok berkuatkuasa tengah malam ini – Kementerian Kesihatan

Larangan merokok berkuatkuasa tengah malam ini – Kementerian Kesihatan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 31 Dis- Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuat kuasa 1 Januari 2019. Bermula 12 tengah malam ini, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan 2018.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pindaan pewartaan itu dilaksanakan mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004).”Perluasan kawasan dan tempat dilarang merokok bertujuan mengekang aktiviti merokok di tempat awam supaya budaya ini tidak diterima oleh masyarakat.

“Bagi mereka yang melakukan kesalahan ini mereka akan didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun,”katanya. Premis itu membabitkan semua kaedah perniagaan tidak kira bertutup, berhawa dingin, atau berkonsep terbuka (open air).

“Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa komited bagi memastikan orang awam terutama kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua sentiasa dilindungi daripada bahaya asap rokok,” katanya hari ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!