Home Semasa Kematian Muhammad Adib – Pertubuhan Silat Malaysia sedia bantu polis

Kematian Muhammad Adib – Pertubuhan Silat Malaysia sedia bantu polis

by Air Times News Network

BENTONG, 31 Dis- Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) memberi kepercayaan dan yakin kepada pihak berkuasa dapat menangani kes kematian anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib bin Mohd Kasim dengan sebaik mungkin.

Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, pihak berkuasa harus diberi ruang dan masa bagi menyelesaikan kes tersebut.

Menurutnya lagi, PSSGM juga mahu individu yang terlibat dalam perusuh dan menyebabkan kematian anggota Bomba itu segera dikenakan tindakan demi keadilan kepada Allahyarham dan keluarga.

Pihak PSSGM mempunyai lebih 80,000 ahli yang sedia membantu pihak polis sekiranya diperlukan bagi mencari dan mengesan individu yang terlibat dalam kes tersebut.

Itu adalah tanggungjawab kita yang masih hidup bagi membantu pihak berkuasa untuk memastikan bahawa orang yang mengakibatkan (kematian) Muhammad Adib harus dicari hingga ke lubang cacing sekali pun.

“Sekiranya pihak berkuasa memerlukan pertolongan dari ahli PSSGM untuk membantu mencari, ia tidak menjadi masalah
dan kita percaya pihak polis mempunyai kebijaksanaan dalam menangani kes seperti ini”,  kata beliau ketika ditemui pada majlis perasmian Gelanggang Silat Gayong Saidina Umar al-Khattab di Masjid al-Makmur Desa Damai,  semalam.

Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam di Institut Jantung
Negara (IJN) pada 17 Disember lalu.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!